Innovations

Just another WordPress.com weblog

Meredah gua batu kapur Tambun August 7, 2007

Filed under: Uncategorized — aiia @ 2:58 pm

Lost World of Tambun popularkan kawasan alam semula jadi di pinggir Ipoh untuk tarikan pelancong asing

KESEMPATAN yang diberikan pihak pengurusan taman tema air Lost World Of Tambun (LWOT) di Ipoh, Perak kepada sekumpulan wartawan dengan menyertai kem perkhemahan selama dua hari, baru-baru ini sukar digambarkan dengan kata-kata.


Pengalaman perkhemahan itu adalah satu peluang yang tidak selalu hadir dan meskipun pelbagai kesukaran ditempuh, ia menjadi pengalaman manis buat mereka.

Pengalaman menarik itu turut dikongsi bersama petugas LWOT yang mana mereka bertindak sebagai koordinator dan juru pandu dalam program berkenaan.

Penjelajahan di sekitar kawasan yang kaya dengan alam flora dan fauna, selain hasil tinggalan sejarah itu menyerlahkan pelbagai rahsia dan keistimewaannya yang selama ini tidak diketahui.

CALVINHO menunjukkan bentuk
gua batu kapur.


Peluang menghabiskan masa di kawasan taman tema air yang dikelilingi gunung dan gua batu kapur semula jadi turut memberi peluang kepada setiap peserta mengambil gambar sebagai kenangan berlatar belakangkan alam semula jadi yang menarik.

Kawasan gunung dan gua batu kapur di Tambun, Perak itu adalah satu kawasan menarik yang dikatakan penempatan awal manusia yang hidup di zaman pra sejarah.

Ini dibuktikan dengan beberapa lukisan purba peninggalan sejarah lampau termasuk lakaran dugung pada dinding gua di kawasan berkenaan.

Pengurus Besar LWOT, Calvin Ho, berkata program terbabit dirancang bagi memberi ruang dan peluang pihak media meninjau dan menikmati keindahan alam semula jadi di samping merasai sendiri pengalaman meredah hutan belantara serta gunung dan gua di sekitar kawasan berkenaan.

Beliau berkata, ia bertujuan mendedah dan mempopularkan kawasan terbabit kepada umum supaya menjadi tarikan bagi pelancong asing dan tempatan berkunjung ke Perak.

“Sememangnya kawasan alam semula jadi seperti ini menarik minat pelancong terutama pelancong asing yang suka menjalankan tinjauan dan kajian mengenainya.

“Pengurusan LWOT berasa perlu untuk mempromosi dan mendedahkan kawasan di sekitar Tambun ini kepada pengetahuan umum supaya ia menjadi lebih popular sebagai destinasi pelancongan,” katanya.

Semua peserta yang dibawa meneroka kawasan hutan di sekitar gunung dan gua di Tambun jelas mendapati ia mempunyai tarikan tersendiri dengan panorama mempesona.

Ditambah dengan tumbuhan hijau menghiasi kawasan sekeliling yang mendamaikan pandangan mata selain kewujudan stalaktit dan stalagmit pada beberapa sudut di dalam gua yang mengagumkan.

Beberapa batu di dalam gua kelihatan memiliki bentuk menarik yang ganjil dan aneh dengan identiti tersendiri.

Perjalanan menempuh Terowong Enam Batu (Six Mile Tunnel) di dalam Gua Datuk benar-benar mencabar peserta kerana perlu mengharungi kawasan berair sedalam kira-kira satu meter dengan jarak sejauh 700 meter.

Sepanjang perjalanan kira-kira satu setengah jam dengan diterangi cahaya lampu suluh yang dipasang di topi, peserta dapat merasai segala kepayahan yang pernah ditempuh masyarakat zaman dahulu kala.

Ini kerana laluan terbabit dipercayai pernah digunakan untuk pelbagai tujuan terutama ketika zaman darurat di negara ini.

Namun segala kepayahan dan keletihan tidak melemahkan semangat kerana semua peserta berasa perlu mengharunginya untuk menikmati segala keindahan peninggalan yang terdapat di laluan terowong berkenaan.

Malah, salah satu kewujudan yang menarik perhatian ialah batu kristal pelbagai warna.

Perkhemahan di kawasan gunung dan gua dengan diselang seli pelbagai aktiviti yang perlu disertai setiap peserta banyak membantu mewujudkan suasana ceria di samping mengeratkan hubungan serta semangat setia kawan.

LWOT turut menyediakan pelbagai kemudahan menarik untuk dinikmati orang ramai dengan tarikan utama sebuah kolam berombak seluas 3,200 meter persegi yang dilengkapi tujuh jenis ombak.

Juga disediakan sebatang sungai pengembaraan berombak terpanjang di Asia iaitu sepanjang 600 meter, selain Lembah Harimau yang menempatkan lapan ekor harimau terdiri daripada tiga harimau dewasa dan lima anak harimau.

Harimau dewasa dikenali sebagai Sultan (jantan) manakala harimau betina pula Jessie dan Raima. Lima anak harimau yang membabitkan Putra dan Rana (jantan) serta Aqila, Azian dan Jazz (betina).

Di samping itu, ada empat buah kolam air panas dengan paras suhu antara 40 hingga 50 darjah celsius untuk kemudahan pengunjung.

LWOT dibuka dari jam 11 pagi hingga 6 petang bermula Isnin hingga Jumaat dan antara 10 pagi hingga 6 petang pada Sabtu dan Ahad termasuk cuti umum manakala ditutup pada Selasa.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai LWOT boleh melayari lama web rasmi taman tema air itu di alamat www.sunway.com.my/lostworldoftambun.

FAKTA: Jumlah pelawat

  • Dibuka kepada umum pada 11 November 2004 dan majlis perasmian disempurnakan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 12 Jun 2005.
  • Lokasi di Tambun iaitu di kawasan pinggir bandar dengan jarak kira-kira 10 kilometer dari bandar raya Ipoh.
  • Taman tema air dengan keluasan 16.2 hektar dan boleh menampung kehadiran lebih 10,000 pengunjung dalam satu masa.
  • Terletak di dalam kawasan komersial Sunway City dengan keluasan kira-kira 526 hektar.
  • Lebih 800,000 pengunjung datang ke LWOT sejak ia dibuka.
  • Bayaran masuk - RM21 (dewasa); RM16 (kanak-kanak); Kanak-kanak di bawah 90 sentimeter (masuk percuma).
  • Pihak pengurusan juga menawarkan pakej khas secara berkumpulan dengan jumlah minima 30 orang bagi satu kumpulan.
  • Waktu operasi : Isnin hingga Jumaat (11 pagi - 6 petang); Sabtu, Ahad termasuk cuti umum dan persekolahan (10 pagi - 6 petang).
  • Ditutup pada setiap Selasa kecuali pada cuti umum dan persekolahan.
  • Sebuah hotel bajet (Sun Inns Hotel) yang terletak di dalam kawasan Sunway City turut disediakan kepada pengunjung untuk kemudahan penginapan. Menyediakan 40 bilik dengan bayaran RM105 bagi satu bilik.

    INFO: Bagaimana ke sana?

  • Pengunjung yang ingin ke LWOT boleh menggunakan laluan Lebuhraya Utara-Selatan melalui jalan susur keluar Kilometer 139 menghala ke Ipoh, Tanjung Rambutan dan Tambun.
  • Bagi laluan Jalan Persekutuan boleh merentasi Jalan Sultan Azlan Shah Utara (dari utara) dan Lorong Harimau (dari selatan) sebelum memasuki Jalan Tambun.
  • Pengunjung boleh menaiki kenderaan sendiri atau teksi dari bandar raya Ipoh kira-kira 15 minit perjalanan.
  •  

    Lata Kijang belum terusik August 7, 2007

    Filed under: Uncategorized — aiia @ 2:35 pm


    LATA Kijang menjadi tempat kunjungan penggemar
    aktiviti lasak dan alam semula jadi.

    Negeri Sembilan eksploitasi air terjun sebagai lokasi pelancong

    LATA, jeram atau sungai jarang dikaitkan dengan Negeri Sembilan kerana negeri itu lebih popular dengan pantai Port Dickson (PD) dan Nilai 3 yang dilabel sebagai syurga membeli-belah menawarkan pelbagai barangan pada harga murah.

    Namun, jika diterokai dengan lebih mendalam, negeri Adat Perpatih ini sebenarnya mempunyai pelbagai destinasi menarik berteraskan keindahan dan kesejukan air terjun, cuma ia mungkin tidak sepopular PD atau Nilai 3.


    Bagi masyarakat setempat, nama seperti Ulu Bendul, Lata Kijang, Jeram Tengkek serta Jeram Toi sudah biasa, tetapi ia mungkin tidak pernah kedengaran di kalangan penduduk dari luar Negeri Sembilan.

    Lata Kijang di Jelebu contohnya adalah destinasi pelancongan menarik di kelilingi keindahan dan kehijauan flora dan fauna yang masih belum tidak terusik, selain dihidangkan kesejukan air sungai yang terletak tidak jauh dari Kuala Lumpur dan Seremban.

    <IFRAME src=”http://iklan.emedia.com.my/adrevolver/banner?place=109&cpy=1″ width=120 height=300 scrolling=no allowtransparency=true frameborder=0 marginheight=0 marginwidth=0> <A href=”http://iklan.emedia.com.my/adrevolver/href?place=109&rnd=1000″ target=”_blank”> <IMG src=”http://iklan.emedia.com.my/adrevolver/banner?img&place=109&rnd=1000″ width=120 height=300 border=0 alt=”AdRevolver” ismap></A></IFRAME>

     

    Lata Kijang belum terusik


    LATA Kijang menjadi tempat kunjungan penggemar
    aktiviti lasak dan alam semula jadi.

    Negeri Sembilan eksploitasi air terjun sebagai lokasi pelancong

    LATA, jeram atau sungai jarang dikaitkan dengan Negeri Sembilan kerana negeri itu lebih popular dengan pantai Port Dickson (PD) dan Nilai 3 yang dilabel sebagai syurga membeli-belah menawarkan pelbagai barangan pada harga murah.

    Namun, jika diterokai dengan lebih mendalam, negeri Adat Perpatih ini sebenarnya mempunyai pelbagai destinasi menarik berteraskan keindahan dan kesejukan air terjun, cuma ia mungkin tidak sepopular PD atau Nilai 3.

    function ebBannerFlash_0_39301436840016023_DoFSCommand(command,args){ebScriptWin0_39301436840016023.gEbBanners[0].displayUnit.handleFSCommand(command,args,”ebBannerFlash_0_39301436840016023″);}

    <a href=”http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/BannerRedirect.asp?FlightID=262695&Page=&PluID=0&Pos=1955″ target=”_blank”><img src=”http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/BannerSource.asp?FlightID=262695&Page=&PluID=0&Pos=1955″ border=0 width=400 height=200></a> <a href=’http://avn.innity.com/avncl.php?n=7055476′ target=’_blank’><img src=’http://avn.innity.com/avnvw.php?zoneid=992&n=7055476′ border=’0′ alt=”></a>


    Bagi masyarakat setempat, nama seperti Ulu Bendul, Lata Kijang, Jeram Tengkek serta Jeram Toi sudah biasa, tetapi ia mungkin tidak pernah kedengaran di kalangan penduduk dari luar Negeri Sembilan.

    Lata Kijang di Jelebu contohnya adalah destinasi pelancongan menarik di kelilingi keindahan dan kehijauan flora dan fauna yang masih belum tidak terusik, selain dihidangkan kesejukan air sungai yang terletak tidak jauh dari Kuala Lumpur dan Seremban.

    function ebStdBanner0_DoFSCommand(command,args){try{command = command.replace(/FSCommand:/ig,”");if(command.toLowerCase()==”ebinteraction”)gEbStdBanners[0].handleInteraction();}catch(e){}} <a href=”http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/BannerRedirect.asp?FlightID=258214&Page=&PluID=0&Pos=923″ target=”_blank”><img src=”http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/BannerSource.asp?FlightID=258214&Page=&PluID=0&Pos=923″ border=0 width=400 height=200></a> <a href=’http://avn.innity.com/avncl.php?n=9608795′ target=’_blank’><img src=’http://avn.innity.com/avnvw.php?zoneid=761&n=9608795′ border=’0′ alt=”></a>

    Persekitaran kawasan itu masih dara menambah keasyikan pengunjung, terserah kepada mereka sama ada sekadar mahu berehat atau membiarkan tubuh digigit kesejukan air terjunnya yang nyaman.

    Menyedari potensi kawasan itu boleh menggamit pelancong, Kerajaan Negeri Sembilan memperluaskan aktiviti di situ dengan sukan lasak pacuan empat roda selain menyediakan kawasan tapak perkhemahan untuk aktiviti berkumpulan.

    Air terjun setinggi 80 meter yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Kenaboi itu masih dalam proses untuk dieksploitasi sebagai lokasi pilihan pelancong, terutama yang gemarkan aktiviti sukan lasak.

    Kawasan itu hanya boleh dikunjungi dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda yang mengambil masa kira-kira satu jam setengah dari pekan Kuala Klawang atau tiga jam setengah dari Kajang melalui Genting Peres.

    Di sekeliling air terjun, wujud kawasan hutan tropika pada ketinggian antara 400 hingga 500 meter dari paras laut, disulami dengan pokok orkid liar serta tumbuhan herba seperti paku pakis dan palma.

    Sepanjang perjalanan ke Lata Kijang, anda boleh meninjau perkampungan Orang Asli selain Gunung Besar Hantu setinggi 1,462 meter yang menunggu cabaran untuk ditawan.

    Selain itu, ada beberapa gua seperti Gua Semong dan Gua Harimau sedia menunggu untuk diterokai yang mampu memberi pengalaman menarik kepada setiap pengunjung.

    Disebabkan daya tarikannya itu, Lata Kijang berjaya menarik lebih 1,000 peserta dari dalam dan luar negara seperti Hong Kong, China, Eropah dan Taiwan menyertai kegiatan sukan lasak pacuan empat roda sejak 2005.

    Selain keunikan dan keindahan alam semula jadinya yang menjadi tarikan utama, kehidupan Orang Asli di sekitar kawasan berkenaan juga antara elemen yang membantu meletakkan Lata Kijang sebagai lokasi pilihan pelancong, terutama luar negara.

    Timbalan Pengerusi Portfolio Pelancongan Negeri Sembilan, Mohd Faizal Ramli, berkata kerajaan negeri dalam proses untuk mengeksploitasikan air terjun itu sebaik mungkin sebagai destinasi pelancongan.

    Katanya, Lata Kijang mempunyai daya tarikan tersendiri, bukan setakat destinasi perkelahan, malah aktiviti sukan lasak pacuan empat roda yang terbukti berjaya menarik peserta dari dalam dan luar negara.

    “Tumpuan ketika ini adalah kepada aktiviti sukan lasak, tetapi kerajaan sedang mengenal pasti produk pelancongan lain yang boleh dimasukkan dalam pakej pelancongan ke Jelebu. Kajian dilakukan Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia yang dijangka siap tidak lama lagi,” katanya.

    Mohd Faizal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Pinang, berkata buat permulaan, kerajaan akan menaikkan taraf jalan utama ke kawasan berkenaan sebelum menyediakan pelbagai kemudahan asas lain untuk pelancong.

    Untuk tujuan itu, peruntukan lebih RM1 juta disediakan bagi menaik taraf kawasan terbabit sejak akhir tahun lalu, manakala sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan hutan berkenaan, terutama pembalakan diharamkan bagi memelihara keindahan alam semula jadinya.

    Kawasan itu dan Jelebu secara keseluruhan hanya sesuai untuk aktiviti pelancongan eko kerana memiliki keindahan alam semula jadi yang menarik.

    “Hanya melalui sektor pelancongan, Jelebu boleh menjadi terkenal dan maju termasuk dengan adanya Lata Kijang yang perlu diberi perhatian dalam usaha menambah produk pelancongan di negeri ini,” katanya.

    Bagaimana ke sana?

    Lata Kijang, Jelebu hanya boleh dikunjungi dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda yang mengambil masa perjalanan kira-kira satu jam setengah dari Kuala Klawang atau tiga jam setengah dari Kajang melalui Genting Peres.

    FAKTA: Lata Kijang

  • 10 kilometer dari pekan Kuala Klawang
  • 1 jam 30 minit menaiki pacuan empat roda dari Kuala Klawang
  • Dalam kawasan Hutan Simpan Kenaboi pada ketinggian 400 hingga 500 meter dari paras laut.
  • Mempunyai tapak perkhemahan
  • Dilengkapi dua wakaf, tandas, surau dan tempat memasak
  • Ada ruang riadah atau ceramah untuk 200 peserta
  • Oleh Mohd Amin Jalil berita harian
  •  

    Taman Marin Pulau Rawa July 31, 2007

    Filed under: Uncategorized — aiia @ 1:08 am

    Tanah persendirian dibuka lebih 30 tahun lalu sajikan pantai bersih, memutih, cantik untuk beriadahMengikut sejarah, Pulau Rawa adalah sebuah pulau persendirian dibuka lebih 30 tahun lalu oleh seorang kerabat diraja Johor, Tunku Mohammed Archibald pada 1971 untuk dijadikan lokasi memancing. Beliau kemudian membina resort Rawa Safaris.

    Selepas 30 tahun, Rawa Safaris terus berubah jika dahulu hanya beberapa calet dibina, kini memiliki 67 calet yang semuanya berwarna hijau kelabu termasuk empat unit banglo dua bilik yang terletak di atas air, menghadap Laut China Selatan.

    Selain banglo, Rawa Safaris mempunyai calet di tepi pantai, di kawasan berbukit dan calet berbentuk rumah panjang yang selesa untuk pilihan pengunjung mengikut bajet masing-masing.

    Restoran De Rawa yang terletak di lokasi paling hadapan selepas jeti adalah satu-satunya tempat makan di pulau itu dan ia menyediakan makanan tempatan, barat dan Cina serta hidangan barbeku pada hujung minggu.

    Di sebalik keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini, kunjungan saya, jurugambar dan dua wartawan lain ke Pulau Rawa, baru-baru ini disambut dengan cuaca cerah walaupun beberapa jam sebelum itu dalam perjalanan dari Jemaluang ke Mersing terpaksa merempuh hujan lebat.

    Penat lelah kami hilang sebaik melihat perkataan Rawa dari jauh, perkataan yang dibuat daripada batu di atas bukit boleh dilihat beberapa kilometer dari laut sebelum bot laju menurunkan kami di jeti.

    Sebaik tiba, hati meronta-ronta ingin mencecahkan kaki di pasirnya yang lembut dan tidak sabar untuk terjun menyertai ikan berenang dalam air yang jernih dan bersih tanpa pencemaran.

    Lebih menarik, bagi aktiviti snorkeling, pengunjung tidak perlu pergi jauh kerana di Pulau Rawa, terumbu karang terbentang di depan mata, hanya beberapa meter daripada gigi pantai.

    Ketika kunjungan kami di pulau itu, tidak ramai pelancong tempatan dan jika ada pun hanya pasangan pengantin yang mengeksploitasi keindahan Pulau Rawa untuk rakaman gambar perkahwinan mereka sementara pelancong ‘Mat Saleh’ berjemur di pasir sambil membaca novel.

    Ketua Pegawai Eksekutif Rawa Safaris, Azhar Ahmat, mengakui bahawa selama ini Pulau Rawa lebih dikenali di kalangan pelancong asing dan diplomat pelbagai negara yang bekerja di Singapura. Hanya bermula tahun lalu, promosi giat dijalankan untuk menarik warga tempatan mengunjungi pulau ini.

    Selain snorkeling, skuba, tenis dan kayak, pengunjung boleh melakukan aktiviti jungle treking di laluan sejauh dua kilometer di pulau itu. Di hujung pulau pula ada sebuah teropong lama yang membolehkan pengunjung meneropong ke lautan luas terbentang dihiasi pulau Besar, Tengah dan Hujung serta tiga pulau tanpa pantai, Mensirip, Harimau dan Gaul.

    Sebelum pulang ke Johor Bahru petang itu, kami menghabiskan masa hampir tiga jam lagi berendam dalam laut dan kali ini lebih menarik kerana hanya perlu turun di depan calet ketika air pasang, berbanding dua jam dalam air surut di kawasan berhampiran jeti, petang hari sebelumnya.


    Biasanya, saya tidak gemar untuk berada terlalu lama dalam air laut kerana kasihankan kulit terbakar, tetapi pantai Pulau Rawa terlalu menggamit menyebabkan saya mengalah. Berlapis-lapis krim tabir suria disapu pada muka dan tubuh, kulit tetap terbakar.

    Apalah sangat dengan kulit terbakar kerana lama kelamaan akan beransur pulih berbanding kepuasan berendam di pantai itu. Inilah yang saya namakan nikmat dunia.

    FAKTA: Pulau Rawa

  • Pulau Rawa terletak di Mersing iaitu di bahagian pantai timur Johor dan Rawa adalah nama sejenis burung berwarna putih yang dulunya sering berada di pulau itu
  • Ia adalah antara pulau paling hampir dengan bandar Mersing iaitu hanya 16 kilometer atau 30 minit perjalanan dengan bot laju.
  • Ia turut dikenali sebagai taman marin yang menyimpan pelbagai khazanah laut.
  • Pengunjung boleh mendaki puncak paling tinggi di pulau itu yang mengambil masa 20 minit untuk menikmati pemandangan seluruh pulau.
  • Jika bernasib baik, pengunjung dapat melihat ikan lumba-lumba dan keindahan matahari terbenam.

    Bagaimana ke sana?

    Dari Kuala Lumpur

  • Memandu menggunakan Lebuhraya Utara Selatan dan keluar di Plaza Tol Air Hitam. Kemudian ke Kluang dan ikut papan tanda ke Mersing. Perjalanan ini mengambil masa kira-kira lima jam.

    Dari Johor Bahru

  • Memandu ke arah Kota Tinggi dan ikut papan tanda ke Mersing iaitu 98 kilometer ke utara Johor.
  • Di Terminal Feri Mersing, perkhidmatan bot laju disediakan khas untuk pengunjung ke Pulau Rawa pada kadar RM80. Pada hari biasa waktu perjalanan ialah jam 9 pagi, 12 tengah hari dan 3 petang. Untuk maklumat lanjut hubungi Rawa Safaris (07-7991204, 7991205, 7995073).
  • Oleh Srihanasham Noordin Berita Harian Kuala Lumpur

  •  

    Cabaran Gunung Nuang July 31, 2007

    Filed under: Uncategorized — aiia @ 12:30 am

    Pendaki yang mendaki gunung dengan ketinggian 1,493 meter itu mesti cergas, kuat.


    PADA ketinggian 1,493 meter, Gunung Nuang mungkin dianggap biasa oleh kebanyakan pendaki, berbanding gunung lain yang lebih tinggi dan masyhur seperti Gunung Ayam di Kelantan atau Gunung Tahan di Pahang.

    Bagaimanapun, puncak tertinggi di Selangor ini mempunyai keistimewaannya tersendiri kerana ramai pendaki yang pernah mendaki gunung ini menganggap ia menjadi tempat terbaik memulakan latihan bagi pendaki Semenanjung sebelum mendaki puncak tertinggi Malaysia di Gunung Kinabalu.

    Ini berdasarkan cabaran yang perlu dilalui pendaki untuk sampai ke puncak Gunung Nuang. Pendaki akan melalui cabaran getir yang membabitkan permainan emosi kecergasan dan kekuatan otot. Andai kurang satu daripadanya ia pasti akan memberi masalah ketika pendakian atau paling tidak akan memanjangkan masa pendakian sehingga 12 jam berbanding biasa hanya lapan jam .

    Menyahut cabaran untuk menyambut kemerdekaan ke 50 negara dengan gimik mendaki sambil membawa bendera ke puncak Gunung Kinabalu kumpulan Pendaki Putera Umno (Pendaki Putera) memulakan langkah pertama dengan berlatih di Gunung Nuang.

    Secara keseluruhannya kumpulan Pendaki Putera mendaki tiga gunung dan merentasi dua sungai dalam masa tiga hingga lima jam untuk sampai ke perhentian terakhir sebelum ke puncak iaitu tapak perkhemahan Pacat.

    Kepada yang gagal meneruskan perjalanan dan berhasrat ingin menyambungnya selepas berehat, mereka boleh berhenti di dua tempat iaitu tapak perkhemahan Lolo dan tapak perkhemahan Pacat atau memilih untuk turun semula ke kaki gunung.

    Cabaran paling getir bermula dari tapak perkhemahan Lolo yang memerlukan kesabaran kerana setiap kali mendongak, pendaki akan mendapati puncak Gunung Nuang seakan hampir walaupun perjalanan sebenarnya memerlukan masa lebih tiga jam sebelum sampai ke tapak perkhemahan Pacat.

    Selepas itu perjalanan akan mengambil masa lebih kurang satu jam setengah dengan pendaki terpaksa terus mendaki tegak pada ukuran 70 darjah kecuraman. Ramai juga yang terkandas di sini kerana tidak mampu meneruskan perjalanan dan mereka biasanya memilih untuk berehat di kem perkhemahan Pacat sebelum turun semula.

    Malang bagi Pendaki Putera apabila pendakian mereka dihalang tanda hujan lebat yang menyebabkan mereka terpaksa menghabiskan pendakian di tapak perkhemahan Pacat iaitu pada ketinggian antara 950 meter hingga 1,000 meter.


    Atas dasar keselamatan Pendaki Putera terpaksa turun bagi mengelak kejadian buruk berlaku. Lazimnya trek yang licin akan menyukarkan pendakian dan selalunya boleh menyebabkan kecederaan kepada sesiapa yang berdegil.

    Walaupun turun hampa Pendaki Putera tidak mensia-siakan pendakian mereka. Laporan stesen televisyen tempatan mengenai masalah pembuangan sampah di kebanyakan laluan dan tapak perkhemahan gunung itu membuatkan Pendaki Putera terpanggil membantu memulihkan keadaan alam sekitar gunung itu.

    Tidak dapat dinafikan keindahan gunung ini banyak terjejas kerana sampah. Ia angkara pendaki yang tidak mempunyai kesedaran dan tidak bertanggung jawab menjaga alam sekitar. Permintaan yang dipasang di papan tanda dengan ungkapan “apa yang anda bawa masuk, anda bawa keluar” oleh pegawai bertugas di kaki gunung tidak diendahkan.

    Menyedari masalah itu, Pendaki Putera menjalankan aktiviti memungut sampah sebelum dikumpul di tapak perkhemahan Lolo untuk diangkut oleh petugas.

    Mereka melalui semula trek sukar Gunung Nuang dalam keadaan dengan memikul sampah yang menambahkan lagi cabarannya. Namun itu bukan masalah kerana yang penting berbakti pada alam adalah amanat yang perlu ditunaikan.

    FAKTA: Gunung Nuang

    Ketinggian: 1,493 meter

    Lokasi: Hulu Langat, Selangor

    Suhu: 15-20 darjah Celcius

    Masa terbaik mendaki: Januari, Februari, Mei, Jun, Julai dan Ogos

    Tempoh mendaki: Kira-kira lapan jam untuk sampai ke puncak

    Pemandangan: Janda Baik, Genting Highlands (Pahang) dan Jelebu (Negeri

    Sembilan)

    Kelebihan: Gunung terdekat Lembah Klang dan medan latihan mencabar untuk

    mendaki gunung lebih tinggi

    Boleh didaki

  • Dari Kuala Pangsoon di Hulu Langat.
  • Dari Kampung Kemensah, Gombak.
  • Dari Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.Bagaimana ke sana?

    Anda dinasihatkan menggunakan kenderaan sendiri untuk ke Gunung Naung. Anda boleh menggunakan Lebuhraya Grand Saga dan melalui Pekan Batu 9 sebelum ke Kuala Pangsoon. Jika dari Ampang, anda boleh masuk melalui Kampung Tasek Tambahan dan melalui pekan Hulu Langat.

    Oleh Nahar Tajri Berita Harian Kuala Lumpur

  •  

    Close Encounter ~ Antuuuu…(Hantu suruhan) July 26, 2007

    Filed under: Close Encounter ~ Antuuuu... — aiia @ 4:27 am

    Masa tu aku kerja kat Ampang, BSN.

    Masa tu jugak lah aku kerap balik kampung. Aku tinggal kat P. Jaya.

    Perjalanan ke kampung mengambil masa  lebihkurang 20 minit.

    Aku tahu bahawa mak aku tak larat dah, mana nak jaga anak buah aku yang berumur 18 bulan dan lagi sorang yang  dalam 7 bulan lagi.
    Pada satu hari tu aku balik kampung dengan menaiki motor cub chai aku.
    Aku singgah dan naik ke atas tingkat 1 masa tu.

    Selepas memberi salam kedengaran mak aku menjawab salam aku .
    Nada begitu perlahan dan lemah.
    ” Ambik lah, kunci ada sangkut kat tepi tu…”
    Aku meraba2 kat teoi grille, tapi tak dapat.
    Aku kata kat mak aku di mana sebenarnya kunci tu.

    ” Aah , ni dia ” mak aku dah bangun dari berbaring. Uzur sangat aku lihat.
    “Haaa..mak , apa kabar?” tanya ku

    “Aku tak sihat lah” ujar mak ku.
    “Tak sihat? mak demam ker?” tanya ku lagi.

    “Ntahlah” katanya dan ku lihat dia mula berbaring kat tengah rumah.
    Berlandaskan gebar dan toto.

    Anak buah aku yang sulung dah bangun.
    Aku mendekatinya dan aku ada hidu bau busuk yang biasa ngan bebudak.
    ” Mak, budak ni dah berak” memberitahu mak ku.
    “Haa..aah, aku tak larat, biarlah dulu, nanti aku basuh” kata mak aku lesu.

    “Tak pe, lah mak, saya gi basuhkan” kata ku csambil menarik tangan anak buah ku.
    ” Laaaa… dah kering” kataku dalam hati.

    Aku cukup senang apabila berada bersama mak aku. Apa pun akan aku lakukan.
    Pernah sekali aku terdengar dia mengeluh ketika aku masih awal berkerja dan adik beradik ku yang lain bersekolah ( Aku yang last sekali melanjutkan pelajaran walau pun aku anak ke 4), Pasal nak basuh baju.
    Selang 3 hari aku dah belikan mesin basuh fully oto - front loading.

    Ada juga dia kata nak rasa naik Pajero. Aku sewa seminggu ( dan cuti) untuk bawak dia jalan2.

    Ada juga dia salah dengar dan salah jumlah menyiapkan kuih bakar ngan roti jala. Orang yang order tu marah kat mak aku.
    Aku cakap pada mak aku , “sudah ! jgn masak utk diorang lagi, berapa banyak duit mak nak, saya bagi” Mak aku cuma diam. ” Kalau saya jumpa orang tu saya nak marahkan dia”

    Dan ada pernah jugak mak aku salah gunting baju orang yg tempah nak Raya. Ku lihat dia menangis, ” Macam mana ni, orang nak Raya ” Aku cuma cakap ” Tak pe lah, mak, dia ( tuanpunya) tau lah tu” dan kakak tu datang dan katanya kat mak aku.
    “Tak pe lah, Mak cik, dah tergunting, nak buat macam maner? Mak cik pun penat”
    Alhamdulillah…

    Sedang aku pusing2 nak cari air minum, mak aku nak bangun.
    Aku cakap “Tak payah lah mak bangun, saya boleh ambik sendiri”
    ” Ko nak Milo ya, biarlah mak buat”
    Mak tau yg dari dulu dialah yg menyediakan aku Milo. Tak kira waktu apa, bila aku balik jer jumpa dia pasti dia akan buat Milo untuk ku.

    “(Nick aku), ko tengokkan apa sakit mak ni?” kata mak aku.
    “Haaa … sakit apa mak?” balas ku.
    ” Kan adik dan kakak ada, mereka kan boleh bawak mak kat klinik”
    Kataku sinis ( aku memang bengang kat mereka). Bila time susah baru cari mak.

    ” Mak sakit apa?” tanyaku memujuk pulak.
    “NNtahlah, rasa macam kulit ni kena siat2 dan cucuk2″.

    “Baiklah mak nanti (nick aku) tengokkan”balasku.

    Aku pun mengambil wudhu dan megerjakan solat sunat hajat 2 raka’at dan berdo’a ketika sujud dan selepas salam.

    ( Maka datanglah hidayahNya )

    Selepas sudah aku memberitahu mak aku.

    “Mak, mak, ada tak orang marah kat mak? Ada tak dia berhajat sesuatu dan mak tak mau kerana benda yang dia hajat tu tak elok?”

    “Haaa,..aaah, ada” kata mak aku.

    Memang kepercayaan untuk mengubat, maka mak aku lebih mempercayai aku sebab aku pernah mengubat arwah bapak aku kerana orang yang dia ubati tak putus ubat kat dia, jadi penyakit tu datang balik kat bapak aku…

    Apakah hajat orang itu?
    Kenapa orang itu marah kepada mak aku?

    Solat subuh dulu wehhh..

    Firman Allah:
    “Tetapi jika kalau mereka menentang engkau, katakanlah: Aku dan orang-orang yang mengikut kepadaku menyerahkan diri kepada Allah. Dan katakanlah kepada orang-orang keturunan Kitab dan kepada orang-orang buta huruf : Mahukah engkau memeluk Agama Islam?. Kalau mereka menerima, nescaya mereka mendapat pimpinan yang benar, dan kalau mereka tidak menerima , maka kewajipan engkau hanya menjelaskan( pesan Tuhan). Dan Allah itu memperhatikan hamba-hambaNya.”
    ( ali Imran 3:20)

    Ada pun setelah itu mak aku menceritakan bahawa orang itu berhajat untuk tranfer dia punyer package.
    Mak aku tak mau sebab nyer satu hari tu mak aku ada pergi  rumah dia  ( belakang ajer dari  rumah akau kat kampung ni)
    Dan setelah berbual2 ( mak aku memang ramah orang nyer - dan dia ni seorang yang penyayang. Menantu2 dia memang suka balik ke kampung)  maka mak aku terlihat  akan ada satu tengkorak di bawah  katil dia.

    Rumah dia rumah flat DBKL, 2 bilik jadi memang boleh nampaklah kalau pintu bilik terbuka…
    Tu yang mak aku tak mau ni.

    Mak aku adalah seorang yang warak jugak lah.
    Pernah diceritakan oleh Mak Cik Nik ( adik mak aku bahawa satu hari tu  ada orang nak mintak tolong kalau2 sesapa yang boleh bela binatang belaan dia). Syaratnyer adalah seseorang yang tidak meninggalkan solat atau kira warak lah…
    So bila cari2 tak jumpa maka dia pun mintak belaan dia sendiri pilih...( yang ni nanti aku ceritakan)

    Maka setelah mendengar segala apa ynag mak aku ketahui maka aku pun membuat persiapan emergency dan  juga buat persiapan susulan.

    Maka segeralah  aku mencari barangan yang diperlukan.
    Aku harus segera… masa masih berjalan dan tak akan tunggu aku…
    Ini adalah kerana aku harus pergi kerja pulak kejap lagi..

    Aku perlukan air …ya ….air….
    Aku cari kat dalam peti sejuk.
    aaahhh. ada air mineral dua botol.
    “Ko nak ambik apa ambiklah” kata mak aku bila dia tengok aku mundar mandir mencari sesuatu.

    Lantas aku mencapai botol air mineral tu dan aku buka penutup dia pas tu aku minum sedikit.

    Pas tu aku cari pulak mangkuk, mesti yamg berwarna putih.
    Aku dah dapat kat dapur tersusun ngan pinggan makan.

    Aku pun bergerak ke meja makan dan menuangkan air mineral tu ke dalam mangkuk.

    Aku perlu daun sireh. Aku carik2 tak de pulak. Daun pandan adalah…

    So aku tak leh nak skodenglah. Tapi tak pe, itu kemudian…

    Aku bawak barangan tu ke dalam bilik, letak dia di sisi aku.

    Aku pun mula menunaikan solat hajat sekali lagi…
    Setelah sudah aku membaca 7 juzuk ayat al Qur’an yang terpilih.
    Kemudian ditambah ngan Ayat Thamattin.

    Pas tu aku pun keluar dari bilik dan pergi mendapatkan mak aku yang masih terbaring dan aku memanggil mak aku.
    ” Mak,…mak.. ni haaaa…”  kata ku.
    ” Apa tu? ” tanya mak aku.
    ” Ni haaa.., Mak minum.”  balasku  dan terus menyuakan mangkuk yamg berisi air ke mulutnya.
    ” Tak payah minum banayak seteguk dua jer…” kataku.

    Setelah itu mak akau pun berbaring kembali.
    Aku mula menadahkan air dari  mangkuk  ke tapak tangan aku dan menyapunya
    ke muka, kedua tangan   dan kaki.

    ” Dah mak, baringlah” ujar ku kembali.

    ” Ko nak makan ambik lah sendiri, ntah apa aku masak …” kata mak aku.

    “Tak pe lah mak” balas ku.

    Aku cuma duduk kat kerusi makan dan memerhati sekeliling.
    Keadaan dalam bilik rumah berselerak. Ya.. lah aku pun tahu. Kalau ada anak2 kecil memang macam ni lah.
    Sesungguhnya anak2 lah mengajar ibubapa  bersikap sabar.

    Setelah lebihkurang setengah jam , mak aku bangun.
    “Eh, mak , kenapa mak bangun, rehat lah ” kata ku kepada mak bila nengok dia bamngun dari pembaringan.

    “Aku dah sehat dah” balasnya.
    dan aku lihat dia dah bertenaga sambil menyapu rambut ke belakang kepala, mak aku mula menceritakan keadaan dirinya.

    “Mak kena ni dah 2 hari, eloklah ko datang, Badan mak ni rasa macam kena cucuk dan kulit macam kena siat. kat sini,…kat sini….kat sini…” kata mak aku sambil menunjukkan bahagian2 tubuhnya dengan tangan dan adakalanya mencengkam.

    “Ni aku dah tak rasa sakit lagi. kalau tak tu…” kata mak aku lagi.

    “Terima kasih, (nick aku)” ucapnyer.
    Suatu ucapan yang tak sepatutnyer  aku terima dari seorang ibu yang telah bersusah payah membesar dan mengajar aku tentang kehidupan di alam ini.

    ” Mak….(nick aku) dah nak pergi kerja dah, nanti besok datang lagi”
    ” Haa..Ya.lah…” kata mak aku sambil mengekori aku dari belakang..

    Setelah sampai kat grille pintu , aku pun duduk memakai kasut.
    “Nah …ni…ko ambik lah..” kata mak aku sambil menghulurkan gulungan duit ( rasanyer macam Rm20).
    “Aku tahu ko susah” katanyer lagi.
    ” Ahhh… tak payah lah mak…masih ada duit lagi…” balas ku.
    ” Budi mak kat (nick aku) masih tak boleh nak balas “
    “Haa.. ya.lah” kata mak aku.

    Aku pun turun ke bawah , start motor dan menuju ke tempat kerja..
    Sesampai kat tempat kerja hujan pun mula turun. Jadi tak kerjalah aku sebab aku buat external maintenance kat BSN.

    Sesampai kat rumah setelah pulang dari kerja , aku mandi dan seterusnya  membuat preparation.
    Esok aku harus menghindarkan benda ni dari mengusik.

    Jam 1 pagi aku mula bersiap,  Aku solat hajat dan  meminta petunjuk.
    Lama jugak aku tunggu….aaaah….
    Aku pun membuka al Qur’an dan membacanya dengan suara yang perlahan.
    Setelah habis satu juzuk ( aku memang praktikkan membaca al Qur’an bersambung2 bacaan aku- ntah berapa kali khatam pun aku tak kira) Sekarang ni pun masih lagi - (Surah an Nur)
    maka aku pun berteleku di atas sejadah. duduk diam…
    dan aku dapat mengalami diriku berada kat kampung aku.
    Aku merayau lagi dan masuk ke rumah orang tu.  tak de apa2, maka aku keluar dari situ dan pergi pulak kat rumah mak aku.
    ( hiiii… seram pulak aku sekarang nih..)
    Aku dapati ada satu lembaga budak sedang meniti tingkap, seolah2 nak masuk ke dalam melalui dapur ( melalui tingkap tu)
    Berpakaian putih Macam anak baru berusia setahun. Tangannya memaut besi tingkap tu ( tingkap pakai jenis “arco”.
    Ia dari luar dan rumah mak aku berada di tingkat satu.

    Oleh kerana aku keluar rumah menggunakan ‘astral travel’ maka aku tak lah takut sangat sebab menggunakan cara ini adalah selamat. Entiti tidak boleh melihat aku dan tidak boleh mencederakan aku. Kalau dia boleh melihat pun, kena lah pusing jauh2 supaya dia tak boleh mengesan aku dari mana aku landing nanti…

    Ini lah ilmu yang di panggil ilmu laduni. Hanya boleh terdapat apabila kita selalu membaca al Qur’an.

    Nah , aku dah tahu sape punyer angkara, maka aku pun buatlah satu wifiq/wafaq ( yg simple jer).
    Kerja2 penyiapan tamat pada hampir waktu subuh.

    Esoknya aku pergi kerja dan  singgah pula  kat rumah mak aku di kampung pada watu ‘lunch break’ tengahari.
    Sesampai kat rumah setelah memberi salam, mak aku dah ada kat depan pintu masuk.
    Menyambut kedatangan aku dengan wajah yang berseri.
    “Mak, dah tak rasa sakit dah, dah elok” katanya.

    Aku lihat di dalam rumah , semuanya telah kemas kembali.
    Anak buah aku datang kat aku dan aku pun mendokongnya.
    Yang sorang lagi dalam buaian dan bila mendengar aku datang terus botol susu di buang ke bawah.
    “‘aaaaa… tidor balik” kata mak aku..
    Dia tak peduli terus bangun dan terus mendapatkan aku.
    Aku duduk di sofa dan melayan mereka bermain2.

    Sambil aku bermain dengan anak buah aku yg duaorang tu mak aku bercerita kisah semalam malam.

    ” Ko tau ( nick aku), semalam lepas Maghrib , mak nampak dia nak masuk kat dalam. Tu kat tingkap dapur. Dia bergayut cari tempat nak masuk. Nasib suma tingkap tutup, mak nampak” cerita mak aku.

    Aku hanya tersenyum sinis.
    Setelah sudah minum milo yg mak aku buat khas untuk aku , aku pun mencari port untuk meletakkan wifiq yang aku telah buat sebelumnya.
    Aku masukkan ke dalam satu botol kaca yang kecil ( Macam botol minyal gamat) yang aku jumpa kat bawah dapur.
    Pas tu aku cari lagi satu botol kosong, maka dapatlah aku satu botol minyak cap kapak( yang telah kosong).
    Botol yang pertama, aku masukkan kertas suratkhabar.
    Botol yang ke2 aku masukkan wifiq.
    Aku kemudian letakkan botol2 tu, satu di sebelah kiri dapur atas tingkap dan
    satu lagi di sebelah kanan dekat pintu keluar dapur. Pas tu aku pun pergi kerja.

    Esoknya …..

    Esoknya aku sekali lagi datang ke rumah mak aku.

    Setelah berbual2 ngan mak aku , aku pun selamba pergi kat tempat yang aku letak botol kelmarin.

    Aku meraba raba lokasi di mana aku letak botol2 tu…
    Ehhh… dah tak de….
    Aku pergi pulak yang sebelah kanan kat pintu dapur.
    Tak de jugak..

    Padahal aku letak baik punyer tempat.
    Aku cari kat bawah dan atas lantai kot2 ada jatuh..
    Pun tak de jugak..

    Aku pun turun ke bawah, mencari sekeliling.
    Puas dah tak de jugak…
    Ke mana pulak pergi ni…
    aaaaaahhhh…… kacau nih…

    Aku pergi kat depan surau ( rumah kampung aku depan surau dan rumah aku sekarang pun depan surau gak)
    Aku di tegur oleh Abang Ripin .
    Dia menyewa bahagian bawah rumah kampung aku. Sebahagiannya dia buat kedai.
    “Hello geng, la la la ma te te tak nampak, me me ma na kau pppergi” tegurnya.
    “Ada bang, saya datang ni tengok mak, semalam dia sakit, saya dah ubatkan”

    “Me me macamne di di di dia skarang?” tanya Abang Ripin sambil kepalanyer terhangguk2.
    “Dah sihat dah’ okay tu” balas ku.
    “Haa ha ha, Ko me me memang pandai, fr fren, ko ambik dari bapak ko, o o orang cacakap kat aku, aleh, takkkk   payaaaah lah , su su sume orang tau..dah”
    Aku terdiam.
    “Ko me me mmmang bestlah, sukkka tolong orang” katanya lagi sambil ibu jarinya menunding ke atas.

    Apabila dia masuk ke dalam kedai, aku teruskan kerja pencarian aku.
    Masih tak dapat…

    Ke mana pulak pergi botol tu….
    Ke mana yer… Ni dah kacau ni….
    Payah perkerjaan aku kelak…

    Aku pun naik ke atas dan memberitahu mak aku yang aku harus balik sebab ada kerja yang harus aku selesaikan.
    Maka aku pun menaiki moto aku dan mula menuju jalan pulang ke rumah…
    Di dalam fikiran ku berpusing2 dengan persoalan…

    Ke manakah menghilangnya….

    Terjemahan: “Dan yang menyertai dia (Qarin) berkata : ” Inilah (catatan) yang tersedia pada sisiku.”
    “Allah berfirman, ” Lemparkanlah olehmu berdua ke dalam neraka semua (orang) yang sangat engkar dan keras kepala, yang sangat menghalangi kebajikan, melanggar batas lagi ragu-ragu, yang menyembah sembahan yang lain berserta Allah maka lemparkanlah dia ke dalam seksaan yang amat pedih.”
    “Yang menyertai dia( Qarin ) berkata pula : “Ya Tuhan kami, aku tidak menyesatkan nya tetapi dialah yang berada di dalam kesesatan yang jauh.”
    “Allah berfirman : ” Janganlah kamu bertengkar di hadapanKu, padahal sesungguhnya Aku dulu telah memberi ancaman kepadamu. Keputusan disisiKu tidak dapat diubah dan Aku tidak sekali-kali menganiaya  hamba-hamba Ku.”
    ” Dan (ingatlah) akan hari (yang pada hari itu) Kami bertanya kepada Jahannam ” Apakah kamu sudah penuh?” Jahannam menjawab “Masih adakah tambahan lagi?” Dan didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertaqwa pada tempat yang tiada jauh ( dari mereka).”

    ( Surah Qaf 50:23~31)

     

    Close Encounter ~ Antuuuu…(Hantu Bungkus) July 26, 2007

    Filed under: Close Encounter ~ Antuuuu... — aiia @ 4:17 am

    So selalulah aku balik kampung kat N.S ni..
    Oleh kerana masih  belia dan suka ambik lap ngan moto kap  aku,
    Maka aku selalu ikut jalan  lama  , melalui  Mantin.
    Masa tu aku tinggal bujangan kat Sect 14, P. Jaya.

    Ada lak kenduri kahwin salah seorg sepupu aku nih.
    Perkahwinan Adik Zapril Hashim ( pemain bolasepak N. S seangkatan ngan Mokhtar dulu).
    Jadi macam2lah kegembiraan yang ada. Orang kampung yg minat sekali adalah joget lambak. Aku suka nonton jer sbb suka tengok kalau2 ada yang terlambak pulak.

    Setelah penat menguruskan pinggan mangkuk yang banyak nak diservis aku pun mengambil kesempatan untuk tido kat tengah rumah Pak Teh aku ( aku panggil dia Pak Teh Hashim ~ bapak Zapril)

    Rumah tu adalah rumah Tok Cik ~ Bapak kepada Pak Teh Hashim.
    Tok Cik ni masa dia nak meninggal, syok jugak aku tengok.
    Masa tu cuti tahun persekolahan kira ujung tahun lah.

    Adalah dalam seminggu nak pi tu dia dah tunjuk karektor dah.

    Kekadang sihat ( nampaknyer ) kekadang nazak amat sangat.

    Badan dia masa tu dah tinggal kulit ngan tulang jer.

    Maka ramai lah sedara, saudara , kenalan dan orang kampung yang menziarahi dia.

    ” Bak rokok aku nak isap” katanya.

    Satu bungkus rokok tembak dihulur. Dia duduk menyandar kat dinding.
    Satu persatu rokok dihisap dengan dalam2. Dilepaskan, dihisap lagi.
    Habis satu bungkus.
    “Bagi rokok aku nak isap” katanya sekali lagi.
    Satu bungkus diberi lagi, Jenama yang sama.
    Hisap lagi….
    Mata memandang , hati berkata2 -.-.-. begitulah aku tengok orang yang mengelilinginya.
    (Penulisan di atas ni adalah flashback untuk akan datang)

    Lepas kenduri dan dah abis servis semangkuk kami pun mula menuju jalan pulang .
    Kawan aku Aziz membonceng. Esok nak kerja dah. Masa tu aku kerja kat P.Jaya.
    Carrier International.
    Kami memulakan perjalanan sekitar jam 9 malam.
    Macam biasa kami melalui jalan lama, Kuala Sawah, Tmn Tuanku Jaafar, dan terus ke Bandar Seremban. Melalui Jln.Templer dan menghala ke Beranang melalui Mantin.

    Sebelum sampai pekan Mantin kami harus melalui jalan yang berselekoh dan berbukit.
    Kegelapan dan kepekatan malam  membuatkan lampu moto aku menyuluh terang.
    Yang disuluh adalah penanda jalan dan batu penanda jarak JKR.

    Satu selekoh, dua selekoh, sampai lah selekoh yang ke berapa aku tak ingat.
    Aziz memecah kesunyian dengan bunyi dari percakapan nye.( selain dari bunyi moto aku)
    “(nick aku), ko tengok kat batu tanda jalan tu , aku tengok macam ada bendalah..”
    “Cuba ko tengok betul2 , kalau ada kereta lalu dia hilang , bila tak de kereta , ko suluh boleh nampak.”
    kata Aziz lagi.
    ‘Tak kan lah setiap batu jalan tu ada macam yg dicakapkan’ ( kataku dalam hati )
    Memperlahankan moto dari kelajuan normal , itulah yg aku lakukan.

    Apabila lampu tersuluh saja kat satu selekoh ke kanan maka terpancarlah cahaya pantulan batu penanda JKR yg sebelah kiri tu dan di bawahnya
    terlonggok se akan satu bungkusan putih.

    Aziz pun menjerit ” ANTU….!!!”

    Aku tengok benda putih tu semacam bergolek dan mengekori dari belakang.
    Lantas aku pun memulas handel minyak sampai tak boleh pusing lagi.
    Ini adalah kerana terkejutnya aku ngan suara Aziz yang tetiba menjerit tu.

    Operasi terkini yang aku buat masa tu :
    Nak turun gear tak boleh ( sebab dah mula turun bukit )
    So buatlah ‘racing style’ -aku masa kerja adalah sama ngan Indran Lee ( orang panggil dia Ah Meng) yang racer kat Batu 3 circuit tu selalu dia bawak motor Yamaha.
    Kona pun hampir cecah kepala lutut.
    Cermin lihat belakang aku kepak turun dah sebab kalau aku tengok nanti kat cermin pandang belakang tu…iissshhh..
    Aziz memeluk ku erat, sampai nak ambik lap pun agak susah, dia ni macam dah beku kat belakang aku ( kalau awek okay lah jugak)
    Yang tak best nyer kepala Aziz ngan kepala aku adalah sederet, bila aku toleh ke kiri aku boleh nampak muka dia.
    Cepat….Lagi …Laju…!!
    Macam maner lah nak laju, dah pulas abis…Tak de brek2 punyer..
    Kedengaran bunyi “plep2″ “plep” kat telinga kami.
    “Dia kejaaaaar, dah dekaaaaat”.jerit Aziz lagi.
    Aku tak ambik port, konsentret ngan jalan kat depan aku…..

    Aku menjeling di sebelah kiri aku pulak.
    Terlihat kelibat putih hampir- hampir bersaing dengan motor yang aku bawak.
    Aku rasa macam aku tahan nafas jer.
    Motor ku pacu dengan professional nyer.
    Sesampai dah turun bukit selepas berek mergastua yang ada kat tepi Jalan Besar Mantin,
    maka adalah satu kereta ni membelok menghala arah ke Seremban.
    Iaitu menghala bertentangan dengan arah kami.
    Setelah kena cahaya lampu kereta, maka tiada lagi bunyi ganjil tersebut yang kedengaran.

    Tapi aku masih lagi memecut.
    Motor aku dengan sendirinya berhenti berhampiran jalan masuk Bandar Tun Razak.
    Maka menolak lah aku ngan motor cub chai yang aku beli cash berniaga Amway.
    Minyak dah habis.

    Esoknya aku pergi kerja sorang, sebab Aziz MC , demam.

     

    Berdepan ngan Antu (Kesot) July 26, 2007

    Filed under: Close Encounter ~ Antuuuu... — aiia @ 4:11 am

    Macam biasa aku selalu balik kampung kat rumah nenek aku ( mak aku punyer mak )
    Tempat dia di Kampung Permatang Pasir, Linggi, Negeri Sembilan.
    Bila cuti sekolah jer aku mesti balik kampung.
    dan bila cuti kerja jer aku pun mesti balik kat sana jugak selain aku balik ke Changlun.Kedah.

    Seperti biasa aku membuat aktiviti melasti burung dan mengambil buah2an.
    Orang kampung kat sana memang kenal aku yang rajin melawat nenek2 dan mak cik2.
    Keramahan aku agak famous jugak kat sana. Sebab aku tak sombong punya orang bandar.
    Ada sorang mak cik tu cakap kat aku dan ada jugak cakap kat mak aku,” kalau mak cik ada lagi anak pompuan sorang lagi, mak cik kahwinkan ko ngan dia”.
    Well, tu perkataan “kalau” sebab anak pompuan dia yang last dah jadi kakak ipar aku.
    Aku kat sana kalau datang rumah sesapa pun , cuma bagi salam jer pas tu buat macam rumah sendiri. Mereka gembira ngan kehadiranku. Sehinggalah aku tiada, maka kesunyian ternyata di kampung tersebut.

    Setiap hari telah menjadi rutin kehidupan seorang nenek ( yang kat rumah bertanda merah kat pelan tu)
    membeli barangan keperluan yang tak perlu ketika itu pada waktu nak senja.
    Nenek ni selalu pergi kat kedai pak cik Kamil (Haji Kamil) untuk membeli barangan nya.
    Nama pulak aku dah lupa… Gigi nenek ni satu pun tak tanggal lagi dan pada masa tu kalau tak silap umur dia lewat 6 puluhan.
    Berbaris cantik dan putih bersih.
    Ada satu kali tu kami duduk kat pangkin rumah nenek aku dan kami ada buat contest ngan sepupu aku dalam lebihkurang 6 orang. Contest die makan tebu. Nenek ni join jugak. Taulah , aku punyer ayat mengajak.
    So dalam keketawaan sayup2 kami tergelak. Mana tak kami akan dapat kelucuan bila nenek ni makan tebu. Pasti gigi dia tanggal.

    Bila contest bermula, nenek ni selamba jer menggigit tebu dan mengupasnyer, dan kami telah kalah.
    Barulah kami tau bahawasanya gigi nenek ori.
    Dia ada bagi petua pulak tu…Kalau nak gigi kuat macam nenek ni..
    Tapi orang sekarang mana ada percaya lagi, salah satu syarat dia bila berak jangan bogel ( belah bawah ler )
    Kena pakai kain. Kalau ada permintaan dari forumers aku akan bagi. Aku tak kisah pun , bukan boleh bawak mati ilmu tu. kalau gigi memang lah bawak sekali ( yg ori ajer dibenarkan bawak)

     

    Nenek ni punyer rumah ,
    Lantai dia diperbuat dari batang nibung yang di belah dua.
    Dinding dia diperbuat dari kulit kayu.
    dan macam2 lagilah dari pokok hutan berlainan species.
    First time aku tengok dan masih lagi boleh mengingatinya.
    Tidor kat situ waktu malam tak yah pakai air-con. Sejuk giler naknya waktu subuh.
    Mana kan tidak angin malam bertiup dari arah bawah , tepi dan atas. Macam kena panggang air batu.

    Pak cik Haji Kamil ni dah bertahun berniaga. Dia pergi Mekah pun duit berniaga tu jugak lah.
    Naik kapal. Aku peratikan apabila aku membeli air oren sasaparila; dia bila nak keluar dari kedai, selalunya kedai dia tutup waktu Zohor kerana pergi collect duit getah, dia akan membaca sesuatu dan jari dia dia tekapkan kat dinding depan kedai.

    Pas tu satu hari, kami (aku dan sepupu2) nampak dia bakar duit lebihkurang dalam Rm200.00 tunai.
    Adusshh… Kami ada tanyer kenapa dia bakar duit tu?
    Dia kata : ni duit haram , duit bunga dari bank.
    Aku masa tu tak pulak tahu tang duit yg semacam gini, kalau tak aku dah cakap kat dia gini : Tu bukan bunga tapi faedah dan mungkin aku boleh simpankan.

    Begitulah….

    Masa kejadian ni aku Form 4.
    Pada satu petang tu nak Maghrib dah, aku ada kat dalam belakang rumah nenek. Ngah nak siap mandi.
    “Andak, ooo Andak!!” terdengar satu suara memanggil seakan dalam kecemasan.
    Aku pun terus bergegas lari untuk melihat siapa dan apa kenanya.
    “Andak,oooo, Andak!!!” kali ini suara tersebut bertambah kuat dan diiringi seakan suara menangis tapi tertahan tahan.

    Aku lihat nenek tu dalam seakan berlari anak ( tak laju mana pun)
    Nenek aku pun keluar dari dapur mendapatkannya.
    Datuk aku hanya bertanya dari tengah rumah sambil bertanya” Apa tu??”
    Mak cik aku pun keluar jugak ( dia menolong nenek aku memasak ketika itu )

    Mereka seakan marah kat nenek tu.
    Kata Makcik aku ( Aku panggil dia Makcik Nik~ adik mak aku)
    ” Tu lah orang dah kata jangan pergi kedai waktu macam ni. Ni tak, degil jugak” kata Makcik aku sambil masuk ke dalam
    rumah setelah beberapa ketika melihat keadaan nenek ni tadi.
    Kami lihat kain batik yang di pakai nenek tu dah basah.
    Rupanya dia terkencing kencing sambil berlari mendapatkan Andaknya ( nenek aku orang panggil Andak oleh orang kampung)

     Maka berceritalah kami semua yang ada dalam rumah tu. Pak Teh, Mak Teh ( duduk di belakang rumah nenek aku) pun datang jugak.

    Pas tu soalan menuju kepada aku pulak ” Eh, ( nick aku) ko tak takut ke buat macam tu?”
    “Berani ko yer..” lagi saranan dan lagi..
    ak Din ajar ape kat ko?”
    “Mana antu tu pergi dah..”
    ” Macam mane rupa dia aah..?”

    ” Ko ni laaa..”

    Aku hanya tersenyum sinis…

    Apa aku dah buat?….

     

    Dalam masa aku berlari keluar tu…(aku belum mandi lagi..)
    Aku nampak nenek tu dan ada sesuatu mengekori dia.
    Agak jauh lah sikit , benda nya putih.
    jauhnya dapur ngan pangkin ( tempat lepak org tua2) adalah lebihkurang 15 meter.

    Terus saja aku berlari ke arah benda putih tu ( yg aku sangkakan kambing)
    Kononnyer nak halau dia keluarlah) melintasi nenek yg terketar2 ketakutan.
    Dengan berani nye aku menghampiri ( sambil berlari ) kambing putih tu..

    ( Masa tu lah aku teringat akan kata2 bapak aku: kalau kau jumpa, kau naik atas bahu dia; dan kau pegang kepala dia , kau  goncang2kan)

     

    Secara otomatis bila dah sampai dekat aku teringatkan kata2 bapak aku dan lantas melompat,
    ngam2 atas bahu dia. Nasib baiklah dia tak tinggi.
    Agak2 antara paras peha dan pinggang ajer.
    Aku membahunya dari belakang tatkala dia ingin melarikan diri ( Mungkin terkejut sebab aku charge ke depan ngan laju)
    Aku pun pegang kepala diri sebelah sisi dan aku enjut , ke depan  dan ke belakang.
    Dia pun terhangguk2 mengikut hayunan tangan aku.

    Dalam masa perbuatan yang aku lakukan itulah baru ku sedari bahawa ianya bukan kambing….

    Tetapi satu makhluk yang tak pernah aku tengok sebelum ni.
    Tiada mempunyai kaki, cuma satu ikatan di hujung, lembut tapi mempunyai tenaga.
    Masa menghangguk tu aku pandang akan muka dia.
    Mempunyai satu mata yang agak besar terletak di tengah2 mukanya.
    Tak lah warna merah sangat ( macam orang mandi sungai, kan mata jadi merah bila pas menyelam)
    Oleh kerana ia tidak mempunyai kaki maka ia meng ensot aje , ( macam cacing gamaknyer)
    Berpakaian kain kapan dengan bau kapur barus.
    Lain2 macam manusia biasa , mempunyai hidung yang lentik ke bawah ( kira mancung ler)dengan cetusan otot selari ngan hidung ke atas.
    Mulutnya pun macam orang gak tetapi aku dapati ada dua  taring  yang tersorok di dalam , hanya hujung jer sedikit yang keluar.
    Dia dengan lembut berjaya meloloskan diri  daqn terus aje  meng ensot dari cengkaman  pahlawan aku.
    Hilang bila jarak agak se meter gitu.

    Dengan rasa berdebar2 dan kalut , aku kembali ke dapur.
    Aku cuma duduk kat tangga dapur sambil memerhatikan kekecuhan yang berlaku
    sehinggalah mereka menegurku dengan soalan payah yang aku nak jawab.

    Katakanlah: Diwahyukan kepadaku, bahwa sekumpulan jin mendengarkan (Qur’an).
    Mereka berkata : Sesungguhnya kami telah mendengar Qur’an ( Bacaan) yang mengagumkan”
    ( al Jinn 72:1)

    ” Dan sesungguhnya mereka mengira sebagai perkiraanmu , bahwa Allah tiada akan mengutus seorang jua pun.
      Dan kami mengintip rahsia langit , tetapi kami dapati penuh dengan  penjagaan yang keras dan suluh api yang  menyala”.
    (al Jinn 72: 7~ 8)

    “Selain dari Utusan yang disukaiNya. Sesungguhnya Dia mengadakan di hadapan dan di belakang Utusan itu pengawalan”
    (al Jinn 72: 27)

    “Katakan : Aku hanya memuja Tuhanku dan aku tiada mempersekutukan Dia dengan siapa jua pun”
    ( al Jinn 72 : 20)

     

    Close Encounter ~ Antuuuu… July 26, 2007

    Filed under: Close Encounter ~ Antuuuu... — aiia @ 4:00 am

    Aaanntuu~Close encounter

    Dulu semasa aku belia aku selalu gak pi jalan-jalan sorang-sorang.
    Samada jalan kaki , naik basikal atau pun berkenderaan motor.
    Maka banyaklah kejadian yang tak diingini dan yang diingini terjadi.

    Salah satunyer adalah apabila bapa kesayangan ku menunjukkan kepadaku
    wajah entiti yang bernama hantu raya.
    Dan semenjak itulah maka aku menjadi seorang yang diberi kepercayaan oleh bapak ku untuk menjadi
    assistant dia.

    Korang macam mane pulak. Kalau ada yang terserempak atau terjumpa atau tersepak atau saja buat blind date
    ngan entity ni ( antu ..lah) boleh gak sama2 merasa ketegangan bulu roma.
    dan nanti boleh gak ceritakan kat member2 yang lain sebagai fillers dan penyedap ketika kenduri kahwin ker
    atau masa bebudak berkhatan ker  atau  masa memancing di waktu malam .
    Aku mulanya tak tau apa2.
    Pada petang satu hari tu bapak aku baru balik dari kerja, lepas salin pakaian, dia pun duduk  kat kerusi favourite dia.
    Aku pun duduk dekat sambil memerhati apa yang di buat.
    Ada satu mangkuk putih. Dalam nyer ada air ( air kosong).
    Pas tu dia ambik daun sireh dia letak kat atas mangkuk tu.
    Kemudian dia pun bersandar. Sekejap lagi dia alihkan daun sireh tu.

    Dia pandang kat aku dan bertanya samada aku nak tenok atau tidak apa yang ada dalam air tu…
    Aku kata nak tengok.
    “Ko kuat ke tidak?” (tapi dia panggil nama nick aku lah )
    Aku cakap aku kuat.
    “Boleh tahan ke?”
    Aku kata boleh.
    “Ha.. tengok ni…”

    000hhhh… macam tu muka dia….kataku.
    selamba ajer…

    Malam tu aku demam dan sambung selama lagi 3 hari…

    Sejak hari itu setelah aku pulih dari demam maka aku akan ketawa bila tengok cerita seram ker atau cerita antu…
    Sampai adik beradik aku marah kat aku kalau ada menonton cerita seram macam cerita “exorcist” ke atau cerita yang sadis…dengan diorang.
    Sebab aku gelakkan antu tu punyer muka sebab bagi aku dah tak seram dah…

     

    Sepaling2 hodoh dan sepaling2 seram lah bagi aku ni lah hanturaya ni…

    Nanti aku explain macam maner muka dia….

    Selepas 1 minggu , bapak aku dan kekawan dia ( semua korum dia 3 orang jer)
    aku tengok duk berkumpul kat living room. siap masing2 kluarkan senapang patah.
    Kata mereka nak pergi berburu sambil tu mengubat orang sekali.
    Aku kenen kat bapak aku, dia diam jer.

    Aku tengok dia potong eh…bukan dia bukak peluru penabor dia tapi belah atas.
    Dia kluarkan timah peluru tu dan masukkan lada hitam.
    kemudian dia tutup balik.
    Ada lah tiga butir peluru.
    Sambil tu aku curi dengar apa yang kekawan perbualkan.

    Kawan dia namanya Samsudin dan lagi sorang aku tak ingatlah pulak masa ni.
    ( Kawan dia yang sorang ni ada kluar di berita (kat tv)~lama dulu dah~ yang meninggal sebab lemas dengan anak bujang dia kat Tasik Kenyir semasa memancing)
    Aaah dah ingat dah…Mahmud. Ya, nama dia Mahmud.
    Mereka berdua ngan bapak aku ni bersahabat baik.

    Tibanya hari Jumaat malam ( lepas Maghrib ) bapak aku pun bersiap.
    Setelah makan malam, sebuah kereta moris plate nombor BBB 444 warna biru muda datang kat rumah aku.
    Bapak aku pun ambil barang2 dia dan masukkan dalam boot kereta.
    Setelah semua clear bapak aku pun naik kereta tu dan aku lihat Pak Cik Mahmud ada kat sebelah pemandu ( Pak Cik Sudin).

    Bapak aku duduk kat belakang.
    Masa aku nak tutup pintu untuk bapak aku,…
    Maka bapak aku mengeluarkan satu perkataan yang magic buat aku…..

    Ehhh… sambung yer,

    Lupa pulak malam ni malam Jumaat.
    Tadi lepas Maghrib aku terhidu bau busuk kat dapur.
    Tapi dah aku cek, tak de pun benda2 atau yang ada kena mengena dengan terbitnya bau tersebut secara fizikal….
    Ni nak cek lagi….

    Aku pun jerit dari luar rumah bagi tau mak aku.
    Rupanyer bapak aku awal2 dah bagi tau kat dia dan pakaian aku pun dah siap dah.

    Maka bertolak lah kami mengharungi jalan yang tah kat mana yang dituju aku pun tak tau.
    Tapi apakah sebabnyer bapak aku nak ajak aku sekali, sedangkan abang2 (ada 2 abang aku ni)
    tak leh pergi?

    Dari jam 8 malam tu sampai lah jam 2 pagi (yg ni aku agak jer sbb aku tak de jam dan lagi jalanraya adalah sepi walaupun sesekali ada gak kereta yg lalu)
    Kami singgah kat satu kedai makan di tengah2 jalan raya. Kat situ ada lah gerai, berpagarkan kayu warna kuning. Dinding kedai tu warna hijau muda.

    Dah parking kereta, kami pun makan nasi , aku pulak tak ingat makan apa tapi kenyang lah jugak.Aku perati di sekeliling kawasan kat situ yang diterangi oleh lampu jalan yg mengeluarkan cahaya warna oren.
    Bapak aku dah makan tu dia hisap rokok Rothman. ( Kalau sekarang ni aku nak join dia isap rokok tapi apakan daya ni cerita lama).
    Lepas tu kami meneruskan perjalanan.

    Pas tu aku tak ingat apa2 tentang perjalanan  seterusnya….

    Pada  5  tahun yang lepas barulah aku  dapat melihat tempat tu . Yang serupa ngan  persinggahan kami  malam tu.
    Ia kat jenderam Kuala Selangor  ( Terbayangkan kedai makan tu  punya lokasi)

    Bapak ku mengejutkan aku dan kemudian kami pun berjalan meredah kegelapan malam.
    Kereta dah parking kat mana aku tak tau—- Mamai lagi dok syok tido kena kejut.

    Sesampai satu tempat bapak aku encang aku dan meredah satu anak sungai.
    Adalah dalam nya kat paras keting.
    Aku boleh nampak anak sungai tu sebab cara kekawan bapak aku beroperasi waktu malam mereka menyuluh dari orang yang belakang sekali yang depan sesekali aje.

    Mesti adalah muslihat tu..

    Agak2 remang-remang fajar diufuk kedengaran ayam berkokok bertalu-talu ( Ni mesti ayam jantan yang port dia kat dalam hutan ), maka kami pun sampai di satu rumah yang agak kecil tapi selesa.
    Arakian setelah salam diberi dan sahut diterima maka terbukalah daun pintu.
    Sesusuk tubuh menampakkn diri. Keadaan masih gelap menyebabkan aku tak leh nak fokus sape yang buka pintu tu.

    Yang boleh aku kenal pasti adalah pelita dengan api yang kuek-kuek melintuk cahayanya ternampak dari dalam rumah itu

    Setelah Kami menyelesakan diri, bapak aku ( kawan dia aku tak nampak dah , mane pergi aku tak tau) kelihatan menunaikan solat, dan masa tu aku tak tau nak solat macam mane.
    Yang aku tau aku ambik port yang baik dan melelapkan mata aku.

    Kalau waktu ni jam 2 pagi aku lelap kan best..

    Aku skip siang hari sebab aku tak ingat apa2 pun berkenaan ketika itu Okay….

    Lepas Maghrib Pak Cik tuan rumah dan kami duduk berkumpul . Cuaca kat dalam rumah tu agak terang kerana ada beberapa lampu tambahan telah dipasang.

    “Nak makan lauk apa malam ni, kita?” Tanya Pak Cik Mahmud.
    “Lauk apa pun tak pe lah” kata bapak ku.
    “Tunggu yer, saya pergi ambik lauk” balas Pak Cik tuan rumah ( nama dia aku tak tau dan mereka pun tak de pulak sebut nama dia)

    Pak Cik tuan rumah pun berdiri lalu mencapai golok kat sisipan celah papan dekat dinding dapur. Mamasukkan di celah talipinggang dia yamg di perbuat dari kain pelikat yang dipintal dan mengambil tombak ehh..lembing ehh..ntah lah aku tak dapat nak bezakan~kira lebihkurang macam tu lah bentuk dia.

    Pak Cik tuan rumah pun terus melangkah hilang ditelan kegelapan malam.

    Bapak aku duduk bersandar kat dinding. Pak Cik Mahmud berbaring dengan kedua tangan mengalas kepala. Pak Cik Sudin mengeluarkan peluru senapang dia, membelek2
    kemudian bertanya kat bapak aku, ” Peluru nombor berapa kita nak pakai bang?”
    Aku dah tengok peluru senapang bapak aku, ada nombor 1( avatar dia gambar gajah), nombor 2 (avatar dia gambar singa) ,peluru nombor 10, 12 dan 16.
    Point 22 memang dia bawak ada 4 kotak.

    Bapak aku tak menjawab ( atau aku tak ingat dia jawab ke tidak)
    Peluru penabur ni diorang panggil “Petrum”. Ada macam2 warna: hijau, oren dan merah.

    Kemudian kami dapati Pak Cik tuan rumah pulang dengan seekor rusa yang telah disembelih. Adalah lebihkurang setengah jam dia pergi.
    “aaahh, ni sedang elok untuk kita ni.”katanya terus masuk ke dalam bilik lagi satu di sebelah tepi. Aku dengar ada suara perempuan bercakap ngan Pak Cik tuan rumah. Mungkin Mak Cik tuan rumah tapi aku tak nampak kelibat dia dan dari tadi masa mula2 sampai pun tak nampak.(???)

    Makan malam tu cukup sedap. Daging rusa masak apa aku tak tau tapi memang sedap.

    Aku dapat tahu bahawa Pak Cik tuan rumah memanggil rusa datang kat dia kemudian memilih mana yang dia hendak dan kemudian menggunakan tombak ( atau mungkin tak yah guna) untuk mendapatkan rezekinya pada malam itu. Ini disahkan oleh Pak Cik Sudin dan jugak bapak aku apabila ditanya oleh Pak Cik Mahmud.

    Setelah makan malam yang lauk dia amat sedap sekali tu kami pun memulakan perjalanan meredah kegelapan malam menuju ke hutan yang berada kira2 besar kotak penalti bolasepak jauhnya dari rumah Pak Cik tuan rumah.
    Setelah beberapa lama , kira penat jugak lah tapi sekarang tak rasa, kami berhenti.
    Kegelapan di sekeliling membuatkan aku tak tau samada aku keseorangan atau dengan bapak aku dan kekawan dia.
    Keadaan sunyi sepi. Tiada cengkerik yang berbunyi maupun kedengaran pernafasan
    Pak Cik2 tu.

    Tiba-tiba bahuku dipegang kuat.
    Aku berhenti secara otomatik.
    “Bang kita dah sampai dah” kata Mahmud.
    Terdengar bunyi gemersik dan juga bunyi sesuatu yang patah…
    “Duduk diam-diam” bisik bapak ku.

    Adalah 2 kali lampu suluh menerangi pucuk kayu kat hutan tu..
    Kemudiam semuanya sepi…

    Lagi sekali lampu suluh menerangi ke atas pokok kayu…
    dan…..

    “Guuummm”
    Satu ledakan dari senapang patah kedengaran.
    Apa yang aku lihat adalah cahaya api  berjurai-jurai seolah-olah menangkap  peluru  yang dimuntahkan oleh senapang  tersebut.
    Diam seketika  ( hanya kedengaran  bunyi senapatang  diisi  semula  dengan peluru tetapi amat perlahan  semacam terlalu berhati2)

    “Guuuummm”
    Sekali lagi ledakan terjadi..
    Dan sekali lagi cahaya api menyambut.
    Jaraknya  cahaya api tersebut adalah lebihkurang  30 meter  dari aku duduk.

    “Guuuummm”
    Dan sekali lagi berbunyi  kali  ni dah tak de apa2.
    Kosong jer.. Tiada sambutan  percikan api.

    Kemudian barulah aku mendengar sura bapak aku dan kekawan dia bercakap2.
    “Dah kena lah tu bang…” kata Pak Cik Sudin.
    Bapak aku hanya diam.
    Kemudian mereka pun bergerak dan dari kejauhan aku lihat susuk kereta Pak Cik Sudin yang di parking.
    Kami pun pulang dan singgah ke tempat itu hari untuk makan.

    Aku dapat tahu apa yang sebenarnya berlaku apabila mereka berbual-bual di dalam kereta.
    ( Berhenti kejap nak solat subuh dulu)

     

    Pak Cik Sudin ada pergi mengubati satu orang ni yang dah kena rasuk.
    Jadi macam biasa dia rawatlah.
    Dah beberapa bulan anak lelaki pesakit menalipun yang mengatakan ayah dia lain macam ajer. Kejap okay kejap sakit. Sakit ayah dia ni macam nazak je.
    Bila okay.. mengalahkan masa dia bujang2 dulu tenaga cukup kuat.

    Jadi Pak Cik Sudin rujuklah kat bapak aku.
    Mereka berbincang termasuklah jugak Pak Cik Mahmud.
    Setelah kata pasti dan kata putus, itulah mereka ambik ‘drastic action’ tuh.

    Setelah seminggu, kemudian daripada peristiwa kat dalam hutan tu,
    Pak Cik Sudin datang ke rumah dan memberitahu bahawa si pesakit telah meninggal dunia dan waktunya adalah sekitar kepulangan kami dari hutan.

    Makhluk yang aku tengok kat dalam air tu adalah makhluk yang merasuk si pesakit.
    Kalau korang nak tau macam maner ni aku kiaskan …..

     

    AMARAN:
    Jangan  dikenang  penulisan di bawah ini ( baca gitu-gitu jer lah..) ,
    saya tak akan bertanggungjawab kepada apa2 jugak situasi berkenaan dari akibat pembacaan artikel di bawah ini.!!

    Rambut dia tak lah lawa. Panjang dan melindungi sedikit bahagian muka, macam tak pernah sikat dan bersyampu.
    Tak lurus sangat, kalau angin tiup (katakanlah) mengerbang2.
    Telinga dia aku tak nampak.
    Mata dia ada dua ( macam orang jugak lah), tapi kalau tengok betul2 makin kita rasa ia jauh ke dalam.(membawa kita ke arahnya)
    Warna ..memang merah biji saga tapi kalau ditenung berbalam-balam.
    Kulit muka dia, ada bonjolan macam orang kena rise atau (Cyste).
    Pas tu pulak ada yang pecah dan terbitkan nanah dan sedikit darah se akan2 meleleh keluar.
    Benjolan tu pun berwarna merah terik macam nak pecah.
    Gigi dia macam orang tak gosok gigi lama sangat, kehitaman ( tapi ada lah sikit putih ) dan pada perasan aku tak nampak pun taring.
    Renungan dia amat tajam seolah-olah kita boleh nampak wajah siapa yang kita impikan.( haaa.. masa tulah kalau kita tak mengenal siapa diri kita amat mudah dia merasuk dan mengambilalih tugas roh kita).
    ——————————————————————————————————————-

    Disebabkan thread kat sini mengenai Close encounter ~ ~ ~Antu~ ~ ~ jadi nanti aku tuliskan pengalaman aku berkenaannya secara direct.
    Yang nampak dan alami. Bukan pengubatan ( yang tak nampak).

     

     

     

    Sikap Tulen campaign launched July 26, 2007

    Filed under: News in My — aiia @ 3:37 am

    THE Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry yesterday launched a campaign to cultivate the culture of “going original” in the attempt to weed out computer software piracy.

    Its minister, Datuk Mohd Shafie Apdal, said the Sikap Tulen campaign would include a series of activities that would spur businesses and consumers to adopt the culture.

    “Through this campaign, we want to reach out to as many people as possible, not only owners of companies and board of directors.

    “We will conduct the campaign to spread knowledge and information to the public and talk to students as well,” he told reporters after launching the campaign and unveiling the campaign logo in Cyberjaya yesterday.

    Shafie explained that the campaign had six components — Sikap Tulen Professional, Sikap Tulen Director, Sikap Tulen Company, Sikap Tulen Society, Sikap Tulen IT Mall and Ops Tulen.

    He said that up to May, the ongoing Ops Tulen enforcement operation had resulted in the confiscation of 81,452 copies of software and 97 pieces of hardware valued at RM2 million in 15 cases.

    Business Software Alliance Malaysia committee chairman Rama Tiwari said Vietnam had the highest percentage of software piracy in the world, at 88 per cent.

    This was followed by Indonesia (at 85 per cent), China (82 per cent), India (71 per cent), Malaysia (60 per cent), South Korea (43 per cent) and Taiwan (41 per cent), he said.

     

    Harry Potter fans don’t mind paying more July 26, 2007

    Filed under: News in My — aiia @ 3:32 am

    PRICE war or not, hardcore Harry Potter fan Zaid Ahmad Husni, 23, did not mind paying more for the seventh and final instalment of J. K Rowling’s Harry Potter and the Deathly Hallows.

    Zaid, a graduate, was spotted buying the most talked-about book at an MPH outlet in the city by The Malay Mail yesterday.

    “I don’t mind paying a little more for convenience,” he said.

    Zaid, a huge Potter fan, said he had never missed a book from J.K Rowling’s Harry Potter series. Accompanied by his brother, Huzir, Zaid said he was looking forward to getting the book.

    MPH Bookstore (M) Sdn Bhd operations manager Zaffri Hassan said yesterday said he was optimistic that sales would pick up in the next few days.

    “Since opening our doors this morning, our outlets had received promising response.”

    He added that the Harry Potter books sold at their bookstores may now appeal more to the general readers, as opposed to true blue Potter fans.

    When asked if there were any regrets over their decision to pull the book off their shelves at the eleventh hour last Saturday, Zaffri said that there were no regrets. He added that the interests of booksellers should be protected.

    “Hypermarkets, which are selling the book at RM69.90, are selling it at a loss. We cannot afford to sell below the cost price.”

    A similar price war happened in Britain as hypermarkets there had also decided to sell the book at a lower price.

    He said this had forced independent bookstores in Britain to stop selling the books.

    Controversy erupted here on the eve of the worldwide launch of Harry Potter and The Deathly Hallows.

    A price war over the recommended retail price of the title between three of Malaysia’s largest booksellers and several hypermarkets yielded some surprises.

    In an unprecedented move, MPH Bookstores (M) Sdn Bhd, Popular Book Co (M) Sdn Bhd and Times The Bookshop Pte Ltd declared on Friday that the Harry Potter title would not be sold at any of their stores.

    The three bookshops had claimed that the title’s local distributor, Penguin Books Malaysia, had placed the recommended price at RM109.90.

    On Monday, the three bookstores issued a joint statement that they had resolved the matter with the distributors and were offering a 20 per cent discount on the book to customers who make any other purchase, and 25 per cent of the price for members.

    Readers who have paid in full, will get a RM15 book voucher upon collecting their books, while those who have paid half the price will have RM15 deducted from the sale price.

    Penguin managing director Eddy Teo confirmed that books sold at RM69.90 were being sold at a loss.

    He said the public should understand that bookstores don’t make much profit as their main source of income is only books, unlike hypermarkets.